The 2nd International Conference On Plantation Technology 2023 (ICPTech 2023) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » The 2nd International Conference on Plantation Technology 2023 (ICPTech 2023)

The 2nd International Conference on Plantation Technology 2023 (ICPTech 2023)

10-11 Oktober – Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan 2nd International Conference on Plantation Technology 2023 (ICPTech2023) yang telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Siddique (Pengarah Institut Kajian Perladangan, UPM) dan telah dihadiri oleh 90 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik dan pemain industri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta daripada negara Jepun, Sepanyol, Thailand, Pakistan dan Malaysia. Manakala penaja utama bagi penganjuran ICPTech2023 adalah FGV Agri Services Sdn. Bhd. dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN), UPM.

 

ICPTech2023 dengan tema “Fostering Green and Circular Bioeconomy in Industrial Crops Production” telah menjemput tiga penyampai ucaptama iaitu Prof. Dr. Jalel Labidi (University of the Basque Country UPV, Sepanyol), Prof. Dr. Atsushi Fukuoka (Institute for Catalysis, Universiti Hokkaido) dan Prof. Dr. Ts. Hidayah Ariffin (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekular, UPM). Sesi yang turut menjadi tumpuan adalah sesi perspektif industri dan kerajaan yang mengupas pelbagai topik industri perladangan yang telah disampaikan oleh Ts. Dr. Sang Yew Ngin (Setiausaha Bahagian, Bahagian Biobahan Api, Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia), Dr. Satoshi Hirata (Ketua Pengawai Eksekutif CEO and Presiden, Empacede Inc., Japan), Dato’ Lim Thiam Huat (Pengarah Urusan, Nextgreen Global Berhad) dan En. Muhammad Iqbal (Ketua Bahagian Pengkomersialan, Agriculture SEA, Novozymes A/S).

 

Sesi saintifik dan teknikal telah diadakan pada hari ke-2 yang telah disertai oleh penyelidik daripada Sime Darby Plantation, FGV Agriservices Sdn. Bhd., Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), SALCRA Jaya Sdn. Bhd., Jabatan Pertanian Sabah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Universiti Putra Malaysia, University of the Basque Country UPV/EHU Sepanyol, Government College Women University Sialkot, Pakistan dan Kasetsart University, Thailand di bawah skop dan bidang tumpuan seperti berikut:

 

  • Produk penukaran berasaskan bio, biotenaga & biokimia
  • Mekanisasi, automasi & pendigitalan
  • Penuaian mampan: Kawalan perosak & penyakit tumbuhan
  • Bioekonomi, kesan alam sekitar dan polisi

 

ICPTech2023 kali ini berjaya menggabungkan saintis, pemain industri, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam satu platform yang sama dan membuka peluang perkongsian bagi pelbagai topik berkaitan sektor perladangan dan dalam masa yang sama memberi tumpuan kepada perbincangan berkenaan hala tuju dan masa depan industri perladangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFKBAg~