SERDANG, 21 Mac – Dr. Fariz Adzmi, pegawai penyelidik, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berjaya menerima geran penyelidikan daripada Malaysian Research University Network (MRUN) di bawah Skim Geran Pegawai Penyelidik MRUN (MROGS) 2024 berjumlah RM30,000.00.
Tajuk projek penyelidikan adalah “Trihoderma Bio-Organic Fertilizer with Reduce Rate Chemical Fertilization to Improve Soil Fertility and Enhance Nutrient Uptake by Durian Crop”. Projek ini merupakan gabungan bersama penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya yang terdiri daripada Dr. Halimatun Saadiah Hafid, Dr. Mohd Huzairi Mohd Zainudin dan Dr. Lau Su Ee.
Ahli Pengurusan dan seluruh warga IKP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian ini.
Tarikh Input: 29/04/2024 | Kemaskini: 29/04/2024 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG