Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 - IKP | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 - IKP

Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 - IKP

 

SERDANG, 23 April – Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 peringkat PTJ-IKP (Institut Kajian Perladangan) telah berlangsung dengan meriahnya di Bilik Mesyuarat IKP. Warga IKP yang terdiri daripada ahli pengurusan tertinggi, staf, dan pelajar siswazah telah menghadiri majlis ini. Majlis turut diselitkan dengan sesi Taklimat Hala Tuju Strategik serta Kecemerlangan IKP yang disampaikan oleh Pengarah IKP, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo yang memberi penerangan tentang kerangka hala tuju strategik IKP terutamanya dalam bidang penyelidikan perladangan. Pengarah IKP juga menyampaikan hasrat Naib Canselor UPM supaya penyelidik dapat menjalankan penyelidikan berimpak tinggi, meningkatkan kualiti perkhidmatan diperingkat UPM, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan industri supaya UPM sentiasa relevan di peringkat global.

 

 

 

 

Majlis seterusnya dimeriahkan dengan jamuan hari raya dengan pelbagai menu hidangan raya seperti kambing golek, sate, lemang, charkuetiaw dan kuih muih. Menu Istimewa iaitu rendang ayam dan ketupat palas telah disediakan sendiri secara gotong royong oleh staf IKP dan turut dihidangkan kepada para tetamu. Turut sama memeriahkan majlis ialah kehadiran mantan-mantan pengarah IKP iaitu Prof Dr Mohd Khanif Yusof dan Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique, serta kehadiran penyelidik-penyelidik bersekutu IKP. Pihak IKP berbesar hati menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai PTJ seperti UCTC, Fakulti Pertanian, Fakulti Bioteknologi, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan dan sebagainya. Semoga kemeriahan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan ikatan persaudaraan dapat diperkukuhkan.

 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 29/04/2024 | Kemaskini: 29/04/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFUMAo~