Program Pengiktirafan EKSA-IKP 2023 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Program Pengiktirafan EKSA-IKP 2023

Program Pengiktirafan EKSA-IKP 2023

23 Ogos – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), peringkat Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Program Pengiktirafan EKSA-IKP yang merupakan aktiviti berkala yang perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan matlamat pelaksanaan EKSA di Universiti Putra Malaysia (UPM) terlaksana. Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai persediaan bagi menghadapi Penilaian Kendiri EKSA peringkat pusat tanggung jawab (PTJ) bermula pada November 2023 hingga Januari 2024 dan Penilaian EKSA peringkat UPM pada Mei hingga Julai 2024 nanti.

 

Program ini diadakan bagi menghargai usaha staf IKP dalam memastikan pelaksanaan EKSA di peringkat PTJ. Sebanyak lima kategori dipertandingkan termasuklah Bilik Terbaik dan Makmal Terbaik yang telah diadili oleh Puan Nor Hasni Zahari daripada Fakulti Kejuruteraan, UPM dan beliau juga merangkap sebagai fasilitator EKSA-IKP. Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada awal September.

 

     
Gambar 1: Penilai Bilik Pengurusan Gambar 2: Penilaian Kubikel Staf Gambar 3: Penilaian Makmal Penyelidikan

 

 

Gambar 4: Staf IKP bersama Penilai EKSA, Puan Nor Hasni Zahari 

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJRAI~