Lawatan YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed Ke Institut Kajian Perladangan (IKP) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

Lawatan YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

SERDANG, 5 Februari – Satu perbincangan diantara penyelidik Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah diadakan di Bilik Mesyuarat IKP. Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah disambut oleh Pengarah IKP, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, beserta ahli pengurusan tertinggi dan staf IKP.

Dalam sesi perbincangan ini, YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed berpeluang mengenali dan memahami peranan dan bidang tujahan IKP yang memberi fokus kepada industri perladangan. YBhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan penyelidik IKP juga berkongsi pengalaman dan pandangan berkenaan cabaran dalam bidang pertanian khususnya dalam isu keterjaminan makanan di Malaysia. Antara yang dibincangkan adalah isu pemasaran produk pertanian (teknologi penyimpanan dan pengangkutan) serta peranan institusi kerajaan dan negeri dalam kolaborasi projek pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

 

Tarikh Input: 23/02/2024 | Kemaskini: 23/02/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJSAz~