Lawatan Teknikal Ke Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Teknikal ke Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR)

Lawatan Teknikal ke Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR)

 

 

18 Mei  – Ahli pengurusan Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR) di Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah IKP, Prof. Dr. Wong Mui Yun yang turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua, Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi), Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) dan Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari). Delegasi IKP telah disambut oleh Pengarah Penyelidikan AAR, En. Tey Seng Heng bersama dengan beberapa pengawai penyelidik daripada syarikat tersebut.

Lawatan ini merupakan salah satu program jerayawara IKP untuk memperkenalkan IKP dan mewujudkan jaringan dengan syarikat swasta dan pemain utama dalam industri perladangan di Malaysia. Dalam lawatan ini, Prof. Dr. Wong telah berkongsi misi dan visi Institut, serta bidang penyelidikan khusus dan kepakaran di IKP. Delegasi IKP juga berpeluang mendengar tentang projek penyelidikan yang sedang dijalankan di AAR. Hasil daripada lawatan ini, beberapa projek kerjasama penyelidikan antara IKP dan AAR telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

Tarikh Input: 28/06/2023 | Kemaskini: 28/06/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJRAz~