Lawatan Penyelidikan Ke Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Koko (Jengka), Lembaga Koko Malaysia, Jengka, Pahang | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Penyelidikan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (Jengka), Lembaga Koko Malaysia, Jengka, Pahang

Lawatan Penyelidikan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (Jengka), Lembaga Koko Malaysia, Jengka, Pahang

Januari, 12 – Satu pasukan penyelidik daripada Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan lawatan penyelidikan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (Jengka), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Jengka, Pahang pada 12 Januari 2023. Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi dan disertai oleh dua orang pegawai penyelidik PSTM iaitu En. Ahmad Faiz Mokhtar dan Puan Siti Nooradzah Adam. Lawatan ini turut disertai oleh Dr. Soyoye Babatunde Oluwamayokun (Penyelidik Pasca-Doktoral, IKP) dan empat orang pelajar siswazah. Delegasi ini telah disambut oleh Puan Nurfadzilah Madian yang merupakan pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Jengka.

Objektif utama lawatan ini adalah bagi mewujudkan kerjasama penyelidikan di antara IKP dan LKM dalam kajian pengesanan tahap kematangan buah koko menggunakan teknologi spektroskopi. Dalam kajian ini, sejumlah 100 biji buah koko segar daripada klon PBC140 pada tahap kematangan yang berlainan telah dituai daripada ladang koko milik LKM ini untuk dijadikan sampel kajian. Buah koko segar yang telah disampel dibawa terus ke makmal LKM untuk pengambilan data spektral, warna, berat dan saiz. Manakala data bagi  kandungan lembapan, kekerasan kulit dan nilai sukrosa bagi setiap sampel telah diukur di Makmal Lepas Tuai, Fakulti Pertanian, UPM.

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/02/2023 | Kemaskini: 27/02/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJWAe~