Lawatan Dan Sesi Interaksi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UPM Ke Institut Kajian Perladangan (IKP) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan dan Sesi Interaksi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

Lawatan dan Sesi Interaksi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM ke Institut Kajian Perladangan (IKP)


 

SERDANG, 11 Januari – Satu lawatan rasmi dan sesi interaksi oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Institut Kajian Perladangan (IKP) telah diadakan pada 11 Januari 2024. Lawatan ini yang turut disertai oleh Prof. Ts. Dr. Goh Yong Meng (Timbalan Pengarah, Bahagian Geran Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan) dan En. Mohd Khairi Hasan (Pegawai Khas, TNCPI) telah disambut oleh Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique, ahli pengurusan tertinggi dan juga pegawai penyelidik IKP.

Melalui sesi lawatan dan interaksi ini, Pengarah IKP telah membentangkan dan memberi penerangan mengenai pencapaian, pelan perancangan serta hala tuju IKP dalam membantu perkembangan industri perladangan di Malaysia. Semua Ketua Laboratori iaitu Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari), Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi) dan Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) juga berpeluang menerangkan peranan dan bidang fokus setiap laboratori.

YBhg. Prof. Dr. Zamberi juga berkongsi pandangan dan hasrat beliau bagi memperkasakan peranan institut di UPM sebagai peneraju bidang penyelidikan dan sekaligus sebagai pusat rujukan bagi pihak industri. Melalui sesi lawatan ini juga, YBhg. Prof. Dr. Zamberi telah melawat setiap makmal dan rumah hijau transgenik. Beliau menegaskan agenda pengantarabangsaan perlu diberi penekanan melalui jaringan penyelidikan antarabangsa sebagai salah satu strategi bagi meningkatkan keterlihatan IKP sebagai pusat rujukan bagi industri perladangan Malaysia di peringkat global.

 

         

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJTAh~