Lawatan Ag Exhibition Sdn. Bhd. Ke Institut Kajian Perladangan (IKP) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Ag Exhibition Sdn. Bhd. ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

Lawatan Ag Exhibition Sdn. Bhd. ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

November, 17 –Syarikat Ag Exhibition Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membincangkan tentang penglibatan UPM dalam Ekspo AgTech 2024. Ketibaan wakil Syarikat Ag Exhibition Sdn. Bhd., En. Tyler Kok Jian Zhang telah disambut oleh ahli pengurusan IKP yang diketuai oleh Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique. Sesi dimulakan dengan penerangan mengenai latar belakang IKP oleh YBhg. Pengarah, disusuli dengan penerangan mengenai latar belakang syarikat Ag Exhibition Sdn. Bhd.

 

Melalui sesi lawatan rasmi ini, pihak Ag Exhibition Sdn. Bhd. telah menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UPM bagi penganjuran ekspo pertanian AgTech Expo 2024 yang akan diadakan pada bulan Mei, 2024. Penglibatan UPM dalam ekspo tersebut akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Ag Exhibition Sdn. Bhd. Bagi menjayakan program ini, satu jawatankuasa kerja akan ditubuhkan di peringkat UPM yang dianggotai oleh wakil daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat dalam program penyelidikan berkaitan pertanian dan juga pihak eDU-PARK, dan Pusat Transformasi Komuniti Universit (UCTC).

Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJPA0~