IKP Merintis Dual Degree Program Antara UPM Dan IPB | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » IKP merintis Dual Degree Program antara UPM dan IPB

IKP merintis Dual Degree Program antara UPM dan IPB

SERDANG, 26 Januari - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan pertemuan secara atas talian dengan sekumpulan profesor daripada IPB University (IPB), Indonesia bagi membincangkan mekanisme yang tepat dalam menawarkan Dual Degree Program (DDP) antara IPB dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Memorandum perjanjian (MoA) antara UPM dan IPB berhubung DDP ini sedang dimuktamadkan oleh kedua-dua institusi. IKP telah dipilih oleh IPB sebagai entiti pertama di UPM untuk memulakan program ini. Pasukan daripada IPB telah diketuai oleh Profesor Dr-Eng Taufik Djatna, dari Jabatan Teknologi Agro-industri, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Pertanian, IPB. Manakala IKP diwakili oleh Profesor Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah, IKP), Profesor Ts. Dr. Rosnah Shamsuddin, Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi, Prof. Madya Dr.-Ing. Mohd Noriznan Mokhtar, Ts. Dr. Anas Mohd Mustafah dan Ts. Dr. Muhammad Hazwan Hamzah.

 

Dalam pertemuan ini, kedua-dua belah pihak bersepakat bahawa objektif program ini adalah untuk meningkatkan keterlihatan kedua-dua institusi di peringkat antarabangsa serta menyediakan platform untuk kerjasama penyelidikan antara institusi. Hasilnya, beberapa program penyelidikan berkaitan teknologi dan pemprosesan pertanian telah dikenal pasti sebagai fokus program ini. Bakal penyelia daripada kedua-dua institusi juga telah dikenal pasti untuk menjalankan program ini. Keperluan untuk pelajar menyertai program ini seperti biasiswa, penginapan, yuran pengajian dan pemindahan kredit turut dibincangkan.

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJTAT~