Hooding Ceremony, Institut Kajian Perladangan, UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Hooding Ceremony, Institut Kajian Perladangan, UPM

Hooding Ceremony, Institut Kajian Perladangan, UPM

 

November, 29- Hooding Ceremony bagi graduan pasca-siswazah, Institut Kajian Perladangan (IKP) telah diadakan pada 29 November 2022. Pada tahun ini, IKP meraikan kumpulan graduan pertamanya iaitu Cik Daarshini Ganapathy dan En. Rozi Fernanda. Majlis ini turut dihadiri oleh seluruh warga IKP dan juga ahli keluarga graduan tersebut.

 

Cik Daarshini Ganapathy merupakan graduan dalam Master Sains (Pengurusan Perosak) dibawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad (Penyelia Utama), Dr. Yasmeen Siddiqui dan Dr. Fariz Adzmi dengan tajuk penyelidikan “Phenolic compounds in enhancing physical barrier and suppressing growth of Ganoderma boninense PER71””. Manakala En Rozi Fernanda pula merupakan graduan dalam Master Sains (Patologi Tumbuhan) di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad (Penyelia Utama), Dr. Yasmeen Siddiqui dan Dr. Yuvarani Naidu dengan tajuk penyelidikan “Suppression of Lignohemicellulosic Degradation caused by Ganoderma boninense in Oil Palm during Basal Stem Rot Establishment using Benzoic Acid”.

 

Tahniah kepada para graduan IKP!

Tarikh Input: 28/12/2022 | Kemaskini: 28/12/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJQAO~