Forum Perladangan Putra Ke-13 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Forum Perladangan Putra Ke-13

Forum Perladangan Putra Ke-13

17 Ogos- Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan kerjasama Fakulti Pertanian, UPM telah menganjurkan Forum Perladangan Putra Siri ke-13 (PPF13) di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian. Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, FGV Holdings Berhad, Tuan Haji Romzi Ishak telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program ini dan beliau telah membentangkan ceramah yang bertajuk “Innovative Replanting Practices towards High Oil Plam Yield”. Beliau menerangkan tentang jurang prestasi penghasilan sawit semasa berbanding dengan potensi penghasilan sebenar sawit di Malaysia. Beliau juga berkongsi sistem yang sedang diaplikasikan oleh FGV dan FELDA untuk meningkat prestasi penghasilan sawit bagi mencapai taraf pengurusan estet yang baik. Di samping itu, beliau juga mencadangkan agar program penanaman semula sepatutnya dijalankan menggunakan bahan penanaman yang bermutu tinggi untuk meningkatkan hasil pengeluaran, meningkatkan tahap pendapatan, dan meningkatkan kehidupan ekonomi petani pekebun kecil.

 

Program ini telah dihadiri oleh 80 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyelidik dan pemain industri. Maklum balas yang diberikan oleh peserta menunjukkan bahawa topik yang dibentangkan berkenaan senario semasa dalam sektor perladangan dan program penanaman semula amat sesuai dan relevan dengan industri perladangan sawit negara. Program seumpama ini dapat menyediakan platform kepada ahli akademik, penyelidik, pemain industri dan pekebun kecil untuk mendengar perkongsian daripada pakar mengenai isu kritikal berkaitan kelestarian industri perladangan negara.

 

Tonton video penuh program ini di Facebook, Institut Kajian Perladangan:

https://www.facebook.com/IKP.UPM/videos/1020735889048939

 

 

  

 

  

 

  

 

  

 

  

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFKAAy~