BENGKEL PENULISAN JURNAL 2017 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » BENGKEL PENULISAN JURNAL 2017

BENGKEL PENULISAN JURNAL 2017

Pada 11 dan 12 April yang lepas Institut Kajian Perladangan telah mengadakan Bengkel Penulisan Jurnal 2017. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri di kalangan pensyarah, penyelidik dan pelajar siswazah. Objektif bengkel ini adalah memberi peluang kepada para peserta mendapatkan tips menerbitkan kertas penerbitan berwasiat dan berimpak tinggi bagi meningkatkan mutu dan produktiviti. Bengkel ini di mulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah IKP dan pembentangan oleh penceramah jemputan Dr. Leslie Low dari MPOB bertajuk “Experiences in Publishing in International Indexed Journals” dan di teruskan dengan bengkel penulisan jurnal pada sebelah petang. Pada hari kedua bengkel dimulakan dengan pembentangan daripada Puan Haryati Shila Muhamad Wali dari Proof Readers United dan di teruskan dengan bengkel penulisan jurnal pada waktu berikutnya.

Bengkel ini di harapkan akan dapat menghasilkan beberapa penerbitan dalam jurnal yang berkaitan bagi tahun ini.

 

Tarikh Input: 05/05/2017 | Kemaskini: 12/05/2017 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFKAAf~