Bengkel Pembuatan Kompos & Nutrien Organik | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Bengkel Pembuatan Kompos & Nutrien Organik

Bengkel Pembuatan Kompos & Nutrien Organik

Julai 13 – Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan kerjasama Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Pembuatan Kompos & Nutrien Organik pada 11-12 Julai 2023 bertempat di Unit Sayuran Pusat Pertanian Putra. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan teknik pembuatan kompos disamping pendedahan berkaitan teknologi pertanian berasaskan mikrob untuk pertumbuhan pokok. Bengkel ini menawarkan pengetahuan teori yang digabungkan dengan sesi praktikal berkaitan pembuatan kompos, mikrob berfaedah dan penggalak tumbuhan.

 

Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh pegawai UPM berpengalaman iaitu Dr. Ali Tan Kee Zuan (Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian), Dr. Mohd Huzairi Mohd Zainudin (Institut Pertanian Tropika dan Keselamatan Makanan), En. Sayyidina Hamzah Muhamad (Pusat Pertanian Putra) dan En. Mohd Hafif Samsudin (Kompleks Biorefineri). Bengkel ini telah disertai oleh pegawai daripada beberapa syarikat pertanian, agensi kerajaan, dan pelajar siswazah UPM. Program ini telah membuka ruang kepada peserta untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep dan teknik penghasilan kompos menggunakan kaedah manual dan jentera, kepentingan penggunaan mikrob berfaedah dan penggalak tumbuhan untuk meningkatkan pertumbuhan pokok.

 

  

 

  

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFKBAk~