KOTA KINABALU, 20 Feb – Profesor Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua, Makmal Teknologi dan Mekanisasi Sistem Perladangan) dan Dr. Zailani Khuzaimah (pegawai penyelidik) daripada Institut Kajian Perladangan (IKP) telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program "Seminar on Sustainability in Cocoa Supply Chain Through Advance Technology: Consultant with Industry on Cocoa with Advance Technology 2024” (CICAT2024). Program tersebut telah dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan telah diadakan di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.
Topik yang dibentangkan ialah "Adoption of an Appropriate Mechanization Technology for Sustainable Cocoa Plantation in Malaysia: Potentials and Challenges" (dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi) dan "The Potential use of LiDAR Technology for Cocoa Plantation Management" (oleh Dr. Zailani Khuzaimah). Topik yang dibentangkan telah memberi manfaat kepada 200 peserta terdiri daripada petani dan usahawan yang terlibat dalam industri koko Malaysia.
Tarikh Input: 12/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG