Dalam usaha melahirkan tenaga pakar dalam bidang tanaman perladangan, salah satu disiplin yang harus diberi tumpuan adalah pengurusan perladangan lestari. Pengurusan ladang yang balk dan mesra alam sekitar akan memastikan peningkatan hasil yang mapan dan berterusan dan pada masa yang sama, tidak merosakkan alam sekitar. Isu alam sekitar sangat berkait dengan isu perubahan cuaca dunia dan pencemaran. Perubahan cuaca dijangka meniadi cabaran kepada sistem pertanian atau biosumber yang lain di masa hadapan. Sebahagian besar pencemaran adalah daripada perbuatan manusia dan kegialan pertanian dan ianya dapat dikurangkan melalui amalan pertanian baik. Di peringkat ladang, amalan ini termasuk penggunaan penggalak kesihatan tanah, kecekapan penggunaan air, kawalan tahap pencemaran dan larutlesap di ladang.
Di peringkat pasaran dan kepenggunaan, pengguna dan peniaga yang cakna terhadap isu kelestanan akan meminta barangan 'berasaskan nilai’ yang mana dikeluarkan melalui kaedah mesra alam yang meningkatkan kesejahteraan petani/peladang dan mengukuhkan ekonomi tempatan. Cabaran perdagangan antarabangsa kini pula menjurus kepada penggunaan hasil pertanian yang melepasi kriteria kelestarian di sepanjang rantaian bekalan. Justeru, perubahan sikap ‘pemain’ di sepanjang rantaian nilai komoditi pertanian, terutama pemilik ladang dan pekebun kecil, porlu diterapkan supaya hasil pertanian diterima serta mampu bersaing di pasaran antarabangsa.
Bidang yang ditawarkan ini menumpu kepada pelajar yang ingin menggabungkan ilmu dan kemahiran saintitik, teknikal, sosial, polisi dan peraturan ekonomi. Bidang antara disiplin ini dijangka dapat melengkapkan mereka dengan kefahaman mendalam dan memberi sumbangan signifikan kepada proses adaptasi amalan lestari, keseimbangan pembangunan pertanian lestari yang menggabungkan keuntungan ekonomi, mesra alam sekitar dan tanggungjawab/keadilan sosial. Tiga pilar pembangunan lestari tersebut akan menjadi asas kepada pengajian dan penyelidikan oleh pelajar yang akan mengikub bidang ini
Graduan akan dapat mencebur did dalam kerjaya sebagai ahli agronomi, ahli pembangunan ekonomi, penyelidik, pensyarah, perunding, dan pembuat dasar di organisasi kerajaan atau swasta. Kerjaya tersebut tidak terhad dalam negara, malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Senarai Pakar
Prof. Madya Dr. Amin Mahir Abdullah
Prof. Madya Dr. Zulkefly Suleiman
Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Bin Abd Samad
Prof. Madya Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman
Dr. Martini Mohammad Yusof
Dr. Fazlin Ali